Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Starlink beri manfaat Internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat

    RANAU, 29 OKT – Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat di sini mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet kelajuan tinggi lebih 200 mbps, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata pemasangan peranti menerusi Projek Proof of Concept (PoC) itu adalah penyelesaian sementara bagi memenuhi keperluan akses internet untuk penduduk di kawasan itu sementara menantikan pembinaan menara telekomunikasi menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) siap kelak. Katanya peranti Starlink di Kampung Langsat itu dipasang pada 7 September lepas dan merupakan pemasangan kedua di Sabah selepas pemasangan peranti sama di Keningau pada 5 September.

    “Pemasangan Starlink di kampung ini sedikit berbeza dengan pemasangan di tempat lain di atas bumbung… di sini ia dipasang di bahagian bangunan bagi pastikan pemasangan kukuh,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pemasangan itu di sini hari ini. – Bernama

    Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (dua, kiri) menunjukkan PoC Pemasangan Starlink di Masjid An-Nur Kampung Langsat, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda