Tuesday, October 22, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Starlink kini tersedia di setiap benua

    MOSCOW, 19 SEPT – Pengasas SpaceX Elon Musk hari ini berkata penyedia internet satelit Starlink kini tersedia di setiap benua, lapor Sputnik.

    “Starlink kini aktif di semua benua, termasuk Antartika,” kata Musk di Twitter.

    Starlink ialah rangkaian satelit generasi seterusnya yang direka untuk menyediakan akses internet jalur lebar di seluruh dunia. SpaceX melancarkan projek itu pada Februari 2018.

    Rancangan awal adalah untuk melancarkan 12,000 satelit Starlink, tetapi syarikat itu memohon untuk melancarkan 30,000 satelit lagi pada 2019.

    Pada Ahad, SpaceX melancarkan 54 lagi satelit Starlink ke orbit. Syarikat itu dilaporkan mempunyai lebih 2,300 satelit Starlink yang berfungsi di orbit dengan lebih 500,000 pelanggan aktif. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda