TEXAS, 27 OGOS – SpaceX melancarkan ujian terbaharu roket mega Starship malam kelmarin dan berjaya menyelesaikan penghantaran lapan satelit tiruan ke angkasa lepas.
Selepas lebih sejam melayari angkasa lepas, Starship mendarat di Lautan Hindi seperti yang dirancang menandakan ujian berjaya dilaksanakan.
Starship berlepas dari Starbase, tapak pelancaran SpaceX di Texas Selatan, sejurus selepas jam 6:30 petang. Ia adalah ujian ke-10 untuk roket terbesar dan paling berkuasa di dunia, yang diharapkan oleh SpaceX dan NASA untuk menghantar semula angkasawan ke bulan.
Tiada angkasawan berada di dalam pelancaran roket berkenaan itu.
NASA telah mengarahkan dua Starships untuk membawa angkasawan ke bulan lewat dekad ini, dan matlamat utama CEO SpaceX Elon Musk pula adalah ingin ke Marikh.
Pesawat Starship itu sendiri terus mengorbit Bumi, berlalu dari siang hari di Texas hingga malam dan kembali ke siang hari lagi.
Sebelum kapal itu menghempas laut, enjinnya menyala dan membalikkan kedudukannya supaya ia masuk ke dalam laut secara tegak dengan kon hidungnya mengarah ke atas.
Ujian berkenaan berjaya selepas mengalami kemalangan satu tahun lalu. Kemudian, beberapa siri ujian berturut-turut diadakan pada Januari dan Mac dan telah berakhir hanya beberapa minit selepas berlepas, menghujani serpihan selepas hancur ke lautan.
Ujian terbaharu pada bulan Mei menandakan percubaan kesembilan, turut berakhir apabila kapal angkasa itu jatuh di luar kawalan dan pecah berkecai.
SpaceX kemudiannya mereka bentuk semula penggalak atau booster, Super Heavy dengan sirip yang lebih besar dan lebih kuat untuk kestabilan yang lebih besar, menurut siaran syarikat di platform sosial X bulan ini.
Starship pertama telah meletup beberapa minit dalam penerbangan ujian sulungnya pada tahun 2023. Kejayaan pada misi kali ini adalah merupakan ujian yang ke-10. – AP


