OAKLAND, 31 Mei – Juara bertahan, Golden State dan Cleveland Cavaliers membawa persaingan epik mereka ke peringkat bersejarah dengan membuat kemunculan kali keempat berturut-turut dalam NBA Finals, yang dikatakan sebagai cabaran yang tidak pernah ditelan zaman.
Ia adalah kali pertama dalam sejarah sukan utama Amerika Syarikat (AS) bahawa kelab yang sama telah beraksi bagi merebut mahkota itu buat tahun keempat berturut-turut.
Warriors memburu gelaran ketiga mereka dalam tempoh empat tahun untuk mengukuhkan penguasaan mereka ketika siri kejuaraan best-of-seven yang bermula hari ini.
Sementara itu, Cavaliers dikukuhkan dengan bintang LeBron James yang beraksi dalam final kelapan berturut-turut, cuba untuk menyamai persaingan mereka bersama Golden State pada kedudukan 2-2.
James hilang sabar bagi mereka yang menyatakan persaingan itu sudah lapuk.

“Kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk menewaskan Cavs sejak empat tahun lalu dan berpeluang untuk menewaskan Warriors dalam tempoh empat tahun lalu. Jika anda mahu melihat seseorang, maka anda perlu menewaskan mereka,” kata James.
Ia hampir berlaku seperti kali pertama dalam tempoh 39 tahun dalam persaingan akhir Eastern dan Western Conference, untuk berada dalam perlawanan ketujuh sebelum Cavs menewaskan Boston dan Warriors menewaskan Houston.
Rating televisyen meningkat 40 peratus dari tahun lepas, apabila Warriors mendahului kedud ukan 16-1 dalam playoff dan memenangi gelaran.
Perlawanan ketujuh confernce menghasilkan tontonan kedua terbaik NBA dalam televisyen AS dan sejarah ESPN.
Jika penonton berharap untuk menyaksikan set finalis baharu muncul, ia terlalu teruk, kata pemain pertahanan Warriors, Klay Thompson. – AFP