Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Status ahli parlimen Labuan akan diputuskan dalam masa terdekat

    KLANG, 6 MEI – Keputusan berhubung dengan status Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman akan diputuskan dalam masa terdekat, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

    Beliau berkata surat daripada Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee mengenai perkara tersebut telah diterima dan segala perkara sedang diteliti dengan terperinci, sebelum sebarang keputusan dibuat.

    “Saya perlukan masa untuk melihat dan insya-Allah satu keputusan akan dibuat dalam masa terdekat setelah meneliti semua aspek termasuk undang-undang.

    “Saya telah menerima surat daripada Bersatu dan saya telah menulis surat kepada Ahli Parlimen Labuan dan saya juga akan berbincang dengan beberapa unit lain, sebab saya tiada maklumat lengkap.

    Jika semua maklumat lengkap itu diterima, keputusan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perundingan Ke-2 Ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (YPA), pada hari ini.

    Sebelum ini, media melaporkan Bersatu telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat menuntut pengisytiharan kekosongan kerusi Parlimen Labuan.

    Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 April, membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan yang difailkan Suhaili terhadap parti itu.

    Suhaili merupakan antara enam ahli Parlimen daripada Bersatu yang dibuang keahliannya pada Jun tahun lepas, kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama

    Tan Sri Dr Johari Abdul menyampaikan ucapan semasa Mesyuarat Perundingan Kedua Ahli Parlimen Muda AIPA (YPA), di Klang, pada 6 Mei. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Berita Berkaitan

    Sistem tiket baharu feri Ro-Ro Labuan bantu kurangkan kesesakan

    LABUAN, 19 NOV - Terminal Feri Ro-Ro Labuan akan...

    Isu pemain warisan: Pemalsuan dokumen jejas asas integriti bola sepak –...

    KUALA LUMPUR, 18 NOV - Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)...

    JIM Labuan tahan enam wanita warga Filipina dalam dua serbuan

    LABUAN, 14 NOV - Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan...

    Lebih 3,000 kes jenayah seksual bawah 18 tahun direkod dalam tempoh...

    KUALA LUMPUR, 14 NOV - Sebanyak 608 daripada keseluruhan...

    Terkini

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...