Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Status amaran Popocatepetl dinaikkan

    BANDARAYA MEXICO, 29 Mac – Pihak berkuasa Mexico pada Khamis  menaikkan status amaran gunung berapi Popocatepetl daripada tahap dua kepada tiga, lapor agensi berita Xinhua.

    Peningkatan tahap itu sebagai persediaan kepada pihak berkuasa untuk mengambil langkah siap-siaga dan mengeluarkan amaran kepada penduduk berhampiran untuk berpindah pada bila-bila masa.

    “Langkah itu juga untuk membolehkan agensi berkaitan seperti kerajaan tempatan bersiap-sedia pelan pemindahan, perlindungan dan pengangkutan,” kata penyelaras agensi perlindungan negara, David Leon.

    Gunung berapi Popocatepetl yang terletak di tengah Mexico, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara itu aktif sejak 1994. Dalam dua minggu lalu, gunung berapi terbabit meletuskan abu dan asap tebal disertai dengan gegaran. Letusan abu dan lahar itu terhambur sehingga empat kilometer.

    Terdapat kira 40,000 penduduk mendiami kawasan dalam jarak 15 kilometer dari kawah gunung berapi dan 25 juta lagi dalam radius kurang 100 kilometer. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda