Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Status kualiti air dipantau

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Feb – Memandangkan musim hujan dan banjir yang berlaku di beberapa kawasan di negara ini, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan telah menjalankan usaha pemantauan terhadap status kualiti air sejak Oktober 2017.

    JKR dalam kenyataannya memberi jaminan bahawa berdasarkan pemantauan rutin dalam ujian sampel air dari beberapa lokasi di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong, bekalan air masih mematuhi Garis Pandu Piawaian WHO bagi Air Minum, walaupun terdapat beberapa aduan orang ramai berhubung dengan ‘coloured water’.

    Walau bagaimanapun, langkah-langkah pencegahan akan sentiasa dipertingkatkan dan dijalankan secara berterusan bagi memastikan konsistensi kualiti air berada dalam lingkungan Garis Pandu Piawaian WHO.

    Di samping itu, menurut kenyataan itu lagi, aktiviti ‘flushing’ rangkaian paip bagi pembersihan saluran paip air juga telah dijalankan secara berterusan sejak bulan lalu di kebanyakan kawasan di kedua-dua daerah.

    Tetapi pihak jabatan juga menasihatkan orang ramai supaya memasak air mereka terlebih dahulu khusus untuk keperluan minuman sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga tambahan.

    Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 / Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda