Status MotoGP Malaysia 2021 diumum hujung bulan ini

KUALA LUMPUR, 16 OGOS – Status penganjuran perlumbaan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia 2021 yang dijadual di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 22 hingga 24 Oktober depan, akan diumumkan akhir bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya mengambil maklum situasi terkini pandemik COVID-19 dan masih mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), untuk mencapai kata putus mengenai status penganjuran perlumbaan itu.

Katanya sebelum ini SIC sudah membentangkan kepada KKM dan MKN cadangan prosedur operasi standard (SOP), yang akan diambil sekiranya dapat meneruskan perlumbaan tersebut. – Bernama