Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Status serigala Eropah akan dikaji semula

    BRUSSELS, 4 SEPT – Kepulangan serigala ke sebahagian Eropah mengancam ternakan dan mungkin manusia, kata Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen hari ini, sambil berjanji akan mengkaji semula status dilindungi pemangsa tersebut.

    Serigala sebelum ini hampir pupus di Eropah akibat pemburuan, tetapi pada tahun 1950an beberapa negara mula memberikan status dilindungi kepada haiwan tersebut. Kini, populasi serigala semakin meningkat di beberapa wilayah.

    “Kepadatan kumpulan serigala di beberapa wilayah di Eropah telah menjadi ancaman sebenar bagi ternakan dan mungkin juga bagi manusia,” kata von der Leyen.

    Presiden Suruhanjaya Eropah itu mempunyai pengalaman peribadi mengenai dakwaan ancaman yang ditimbulkan oleh serigala.

    Pada September tahun lalu, seekor serigala menyelinap masuk ke dalam kandang di hartanah luar bandar keluarganya di utara Jerman dan membunuh kuda poni tua kesayangannya, Dolly.

    Bagaimanapun, ahli pemuliharaan telah menyambut baik peningkatan populasi serigala yang lebih sihat di pergunungan dan hutan Eropah, melihat pemangsa besar itu sebagai sebahagian daripada rantaian makanan semula jadi.

    Di bawah Arahan Habitat EU, yang pertama kali diterima pakai pada tahun 1992, serigala menikmati status dilindungi. – AFP

    Gambar Envato Elements

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...