Friday, May 16, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Status warisan perkampungan India tingkat potensi pelancongan

    Oleh Rema Nambiar

    PRAGPUR – Dari jauh, panorama indah gunung-ganang yang diliputi salji menyambut kedatangan kami ke wilayah Himalaya.

    Ladang gandum dan sawah padi luas terbentang, yang menjadi halwa mata di sepanjang perjalanan dari Punjab sebelum ini, berganti bukit-bukau, lembah dan hamparan padang rumput menghijau saujana mata memandang apabila kami memasuki Himachal Pradesh. Bagaimanapun, kelancaran perjalanan kami agak terganggu apabila terpaksa melalui jalan-jalan sempit yang berliku dan berbonggol-bonggol, namun begitulah lazimnya laluan di kawasan pergunungan.

    Penulis bersama-sama sekumpulan 35 pelancong mengunjungi Himachal Pradesh dan Punjab, yang masing-masing terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang tersendiri, adalah dalam lawatan anjuran bahagian pelancongan, The Duchess Club of Chennai (India), pada bulan lepas.

    Penulis dan tiga lagi rakyat Malaysia menyertai rombongan yang kesemua peserta lain dari India, di Chandigargh – ibukota yang dikongsi dua negeri berjiran iaitu Punjab dan Haryana – di mana lawatan kami bermula. (Kami memulakan perjalanan dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Delhi dan kemudian menyambung perjalanan dengan penerbangan domestik ke Chandigarh).

    Dari Chandigarh, kami menuju ke Himachal Pradesh dalam konvoi sembilan kenderaan Toyoto Innova kerana laluan yang bakal dilalui memang tidak sesuai untuk bas, seperti yang sedia maklum jalan di negeri-negeri di Himalaya, India sangat sempit dan ada kalanya berbahaya.

    Diisytiharkan kampung warisan oleh kerajaan Himachal Pradesh pada 1997, Pragpur dipercayai kampung pertama di India yang mendapat kedudukan itu.
    Kampung ini diasaskan kira-kira 300 tahun lepas oleh masyarakat Kuthiala Sood yang berhijrah ke kawasan Himalaya pada awal abad ke-17 dari negara asal mereka Rajasthan ketika zaman pemerintahan Aurangzeb, pemerintah terakhir empayar Mughal.

    Kampung warisan yang menarik

    Antara destinasi dalam perjalanan kami ialah Pragpur, sebuah desa kecil yang terletak kira-kira 175 kilometer dari Chandigarh, di barat laut Himachal Pradesh. Terletak kira-kira 610 meter di atas paras laut di Lembah Kangra, dan berlatar belakangkan banjaran Dhauladhar yang juga bahagian kecil Himalaya, sekali pandang, Pragpur kelihatan seperti sebuah perkampungan biasa sahaja.

    Bagaimanapun, suasana sekitarnya mengingatkan kembali zaman lampau. Lagipun, seperti kata pengusaha hotel tempatan Vijai Lal, Pragpur sarat dengan kisah sejarah.

    Kampung ini diasaskan kira-kira 300 tahun lepas oleh masyarakat Kuthiala Sood yang berhijrah ke kawasan Himalaya pada awal abad ke-17 dari negara asal mereka Rajasthan ketika zaman pemerintahan Aurangzeb, pemerintah terakhir empayar Mughal.

    Tarikan unik di Pragpur adalah bangunan lama termasuk rumah agam, “haveli” dan rumah desa yang mana dindingnya masih dilitupi lumpur serta berbumbung genting, masing-masing dengan pelbagai bentuk seni bina, laluan pejalan kaki yang berbatu buntar, “taal” atau kolam takungan air kegunaan masyarakat dan kedai, yang kesemuanya masih utuh.

    Diisytiharkan kampung warisan oleh kerajaan Himachal Pradesh pada 1997, Pragpur dipercayai kampung pertama di India yang mendapat kedudukan itu. Jalan-jalan berbatu buntar dan sesetengah bangunan di sini kini tidak terjaga, namun Pragpur kini adalah kampung warisan “hidup” memandangkan masih terdapat keturunan masyarakat asal yang tinggal dan menjalankan perniagaan di sini.

    Tarikan utama di kampung ini semestinya kolam takungan air kegunaan masyarakat dengan punca airnya datang dari kerak bumi. Terletak berhampiran beberapa buah rumah yang kelihatan kemas dan menyerlah dengan cat baharunya, kolam takungan itu sering menjadi latar belakang bagi para pelancong untuk bergambar.

    Semestinya tidak lengkap lawatan ke Pragpur sekiranya tidak menjejakkan kaki ke The Manor, sebuah mahligai yang kini berfungsi sebagai hotel butik warisan iaitu The Judge’s Court, yang dimiliki oleh Lal, 81, dan isterinya Rani, 73 tahun. Memandangkan rombongan kami telah bermalam di hotel berkenaan, saya berkesempatan berbual-bual dengan pemiliknya, yang sangat ramah dan dengan senang hati berkongsi pelbagai kisah lampau mengenai Pragpur.

    Menariknya, Lal dan keluarganya adalah sebahagian daripada sejarah Pragpur kerana beliau sendiri generasi ke-11 masyarakat Kuthiala Sood yang menetap di kampung ini.

    The Manor adalah sebuah rumah agam dua tingkat, yang dibina daripada batu-bata merah dengan ciri-ciri seni bina tradisi Indo-Eropah. Ia dibina pada 1918 oleh moyangnya Bhandari Ram untuk anaknya Justice Sir Jai Lal, yang merupakan warga India kedua dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi Punjab.

    Lal juga mempunyai sebuah rumah desa yang diwarisinya di kampung ini, yang dibina lebih 300 tahun lepas oleh moyangnya, Mauja Shah. Rumah yang indah ini diperbuat daripada batu-bata dengan halaman dalamnya masih agak kukuh dan Lal berharap untuk memulihara dan menjadikannya sebuah hotel warisan.

    Pemuliharaan amat mahal

    Lal memainkan peranan penting dalam mendapatkan pihak kerajaan mengisytiharkan Pragpur sebagai kampung warisan. Ghairah dalam usaha memelihara warisan dan keindahan Pragpur di samping amat berminat untuk meningkatkan status ekonomi masyarakat tempatan, Lal adalah antara mereka yang membantu merumus dasar pelancongan desa kerajaan India kira-kira 20 tahun lepas.

    Setelah memberi status warisan kepada Pragpur pada 1997, beberapa tahun kemudian kerajaan juga mengisytiharkan kawasan yang merangkumi Pragpur dan kampung berdekatan, Garli, sebagai zon kampung warisan.

    Walaupun Lal berpuas hati dengan jumlah ketibaan pelancong dan kadar penginapan hotel, beliau masih berpendapat bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mempromosi kawasan ini kepada pelancong domestik kerana kira-kira 80 peratus pengunjung adalah rakyat asing, terutamanya Britain, Perancis, Jerman dan Australia.

    Beliau juga berharap pihak kerajaan dapat memberi pinjaman kepada pemilik kediaman turun-temurun di zon warisan bagi membolehkan mereka membaik pulih bangunan-bangunan yang diwarisi, yang kebanyakannya berada dalam keadaan amat menyedihkan kerana kurang penyelenggaraan.

    “Terserah kepada kami para pemilik, untuk menjaga rumah warisan nenek moyang kami,” katanya, lalu menegaskan bahawa pemuliharaan dan penyelenggaraan akan memerlukan banyak belanja dan di luar kemampuan penduduk di sini. Lal menjadikan rumah agam peninggalan nenek moyangnya, The Manor, sebagai sebuah hotel warisan pada 1997 dan menamakannya The Judge’s Court, sempena memperingati datuknya yang menjadi hakim.

    The Manor mempunyai lapan bilik yang luas; dengan tambahan dua buah bilik lagi yang diubah suai daripada kediaman pekerja. Kira-kira 10 tahun lepas, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di kawasan itu, Lal mendirikan bangunan yang dinamakan Residency, sebagai sebahagian daripada hotel berkenaan. Beliau memastikan agar seni bina dan kelengkapan struktur baharu itu mirip dengan suasana awal abad ke-20 seperti di The Manor.

    Pintu dan tingkap kayu teras Residency dibuat oleh tukang kayu tempatan sementara kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh tukang yang mempunyai latar belakang keluarga dalam bidang sama sejak turun-temurun.

    Dikelilingi kebun mangga dan laici, The Judge’s Court kini mempunyai 27 bilik di bawah seliaan 45 pekerja. Sebelum ini, The Judge’s Court adalah satu-satunya tempat yang menyediakan penginapan selesa untuk para pengunjung, tetapi kini terdapat lapan buah hotel dan inap desa di sekitar Pragpur dan Garli.

    Pragpur yang dahulunya langsung tidak wujud dalam peta, kini telah banyak mencapai kemajuan sehinggalah mendapat status warisan. Pendapat saya? Sekiranya anda ingin menikmati suasana era masa lampau – walaupun sesetengah bangunan di sini agak usang dan tidak terpelihara – Pragpur pasti persinggahan yang berbaloi.

    Terutamanya, bagi pelancong yang dalam perjalanan ke Dharamsala, sebuah bandar yang terletak kira-kira 60km dari sini, yang terkenal sebagai tempat tinggal Dalai Lama, pemimpin spiritual Tibet, dalam buangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/