MIAMI, 5 JAN – Penjaga gol antarabangsa Amerika Syarikat, Zack Steffen, menyertai kelab Major League Soccer (MLS) Colorado Rapids, dari Manchester City, menandatangani kontrak tiga tahun, kata Rapids kelmarin.
Steffen, pemain simpanan Manchester City, membuat 21 penampilan untuk kelab Liga Perdana itu selama empat musim, di mana dia hanya turun beraksi dalam pertandingan piala.
Pemain berusia 28 tahun itu menghabiskan masa pinjaman dengan kelab Jerman, Fortuna Dusseldorf dan kelab Liga Inggeris, Middlesbrough.
Steffen telah membuat 29 penampilan untuk Amerika Syarikat (AS) dan berharap bola sepak di tanah airnya dapat membantunya memenangi semula tempat permulaan menjelang Piala Dunia 2026, di mana AS menjadi tuan rumah bersama Mexico dan Kanada.
“Kami sangat gembira untuk membawa Steffen ke kelab. Dia adalah pemain terbaik dan mempunyai banyak pengalaman, dan kami tahu dia akan menambah banyak lagi kepada pasukan kami.
“Kualiti, kepimpinan dan mentaliti kemenangannya akan membantu kami untuk tahun-tahun akan datang,” kata ketua jurulatih Rapids, Chris Armas. – AFP
