Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stellantis, Foxconn bina ‘kokpit pintar’ untuk kereta

    PARIS, 24 OGOS – Kumpulan auto global, Stellantis dan syarikat gergasi elektronik Taiwan, Foxconn melancarkan usaha sama hari ini bagi membina ‘kokpit pintar’ untuk kereta yang akan menampilkan pengemudian pemandu, bantuan suara dan perkhidmatan pembayaran.

    Pembuat kenderaan AS-Eropah itu dibentuk dalam penggabungan antara Peugeot dari Perancis dan syarikat AS-Itali, Fiat Chrysler awal tahun ini, yang merangkumi Alfa Romeo, Jeep dan Maserati.

    Usaha sama dengan Foxconn, bernama Mobile Drive akan menyediakan kokpit pintar untuk pembuat kereta lain.

    Foxconn, lebih terkenal dengan pemasangan iPhone Apple, berusaha untuk mempelbagaikan perniagaan automatik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda