CHARLOTTE, 4 MAC – Stephen Curry mencatat 21 mata dan 10 assists dalam perlawanan tahunan di kampung halaman, dan Golden State Warriors berjaya melonjak pada separuh masa kedua untuk mengalahkan Charlotte Hornets 119-101 malam kelmarin, meraih kemenangan keenam daripada tujuh perlawanan.
Curry, yang dibesarkan di Charlotte dan bermain di Kolej Davidson yang terletak berhampiran, menamatkan permainan dengan enam daripada 14 percubaan dan melakukan tiga lontaran 3 mata.
Hornets kelihatan bertekad untuk tidak membiarkan Curry menguasai mereka pada separuh masa pertama dan berulang kali mengenakan pertahanan berganda ke atas bintang 11 kali All-Star itu. Curry membalas dengan mencari rakan sepasukan yang terbuka untuk jaringan mudah dan mencatat sembilan assist pada waktu rehat.
Buddy Hield menjaringkan 22 mata dan Brandin Podziemski menambah 19 mata dan 10 rebound untuk Warriors, yang baru sahaja mengalami kekalahan 126-119 di Philadelphia pada Sabtu. – AP
