Thursday, February 27, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stereng jadi berat?

    Adakah stereng kereta awda terasa berat atau sukar dikendalikan terutama ketika membelok? Jika betul, berkemungkinan steering rack awda mengalami masalah atau kerosakan.

    Steering rack adalah komponen penting dalam sistem stereng kereta yang membantu mengubah gerakan stereng menjadi pergerakan roda.

    Apabila steering rack rosak, ia akan membuatkan pemanduan menjadi tidak selesa bahkan boleh mengancam keselamatan semasa di jalan raya.

    Berikut merupakan perkongsian daripada laman web Carlist Malaysia untuk mengetahui tanda-tanda steering rack rosak dan kenapa stereng awda menjadi berat.

    TANDA-TANDA STEERING RACK ROSAK

    1. Stereng terasa berat atau sukar dikawal

    Salah satu tanda paling jelas steering rack awda bermasalah adalah apabila stereng awda terasa berat. Ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti kehausan komponen dalam steering rack atau masalah di sistem power steering. Ketika stereng menjadi berat, pemandu akan berasa kesukaran semasa mengawal kenderaan. Ini juga bukan sahaja akan menyebabkan tidak keselesaan terhadap pemandu, ia juga boleh menyebabkan kemalangan.

    Gambar Freepik
    Pemanduan di jalan yang tidak rata atau berlubang akan memberikan tekanan tambahan kepada steering rack. – Freepik
    Gambar Envato

    2. Kebocoran cecair power steering

    Kebocoran power steering di bawah kenderaan terutama di bahagian depan juga sering menjadi tanda steering rack rosak. Kerosakan ini berlaku apabila seal rosak atau haus dan menyebabkan cecair power steering mengalir keluar. Kehilangan cecair ini akan membuatkan stereng menjadi lebih berat dan kurang responsif. Punca steering rack rosak yang berkaitan dengan kebocoran cecair adalah di sebabkan kehausan seal atau cara pengendalian yang kasar atau tidak betul.

    3. Bunyi ketukan atau klik semasa membelok

    Jika awda terdengar bunyi steering rack rosak seperti ketukan atau klik semasa membelok, ini berkemungkinan disebabkan komponen steering rack rosak seperti bush atau gear yang sudah longgar atau haus. Bunyi ini tidak menjadi selalu tetapi ini menandakan bahawa ada kerosakan dalaman yang perlu diperiksa oleh orang yang pakar atau profesional.

    4. Stereng tidak kembali ke posisi asal

    Kebiasaannya apabila membelok, stereng akan berputar atau berpusing ke posisi asal secara automatik. Tetapi jika perkara ini tidak berlaku atau tidak lancar, mungkin ada masalah di mekanisme dalam steering rack atau komponen dalaman seperti tie rod dan ball joint. Masalah ini boleh membahayakan pemandu dan menjejaskan kawalan kenderaan.

    5. Free Play berlebihan

    Free Play merujuk kepada kelonggaran atau pergerakan bebas pada stereng kereta sebelum roda mula bergerak. Gear dalam steering rack yang sudah haus atau tidak teratur boleh mengakibatkan perkara tersebut berlaku. Ini akan mengurangkan respons stereng dan akan menyebabkan sukar mengawal kenderaan dengan tepat terutamanya pada kelajuan tinggi.

    6. Gegaran pada tayar kereta

    Gegaran pada tayar, terutama semasa memandu pada kelajuan tinggi boleh disebabkan oleh kerosakan pada steering rack atau komponen berkaitan. Gegaran ini juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakseimbangan dalam sistem stereng yang boleh menyebabkan kehausan tayar yang tidak sekata dan mengurangkan kestabilan kenderaan.

    PUNCA STEERING RACK ROSAK

    1. Kehausan akibat penggunaan berpanjangan

    Steering rack akan mengalami kehausan seiring dengan berjalannya waktu. Penggunaan jangka masa panjang dan pemanduan yang kasar boleh menyebabkan kehausan pada gear dan komponen dalam steering rack.

    2. Kekurangan penyelenggaraan berkala

    Tidak menukar cecair power steering mengikut jadual yang ditetapkan boleh mengakibatkan pencemaran dalam sistem dan mempercepatkan kehausan pada seal dan komponen lain. Pemeriksaan dan penggantian komponen seperti tie rod, ball joint dan boot steering rack secara berkala sangatlah penting supaya dapat memastikan sistem stereng berfungsi dengan baik.

    3. Pemanduan di jalan tidak rata atau berlubang

    Pemanduan di jalan tidak rata atau berlubang akan memberikan tekanan tambahan kepada steering rack dan komponen lain.

    Ini boleh menyebabkan getaran berlebihan dan meningkatkan risiko kerosakan pada komponen seperti seal, bush dan gear dalam steering rack. Elakkan memandu dengan kasar di jalan yang tidak rata bagi mengurangkan risiko steering rack rosak.

    4. Kebocoran cecair power steering

    Kebocoran ini boleh berlaku bukan sahaja disebabkan oleh seal yang rosak tapi boleh juga disebabkan oleh pengendalian yang tidak betul atau pemanasan berlebihan dalam sistem.

    Turunnya cecair power steering boleh menyebabkan tekanan dalam sistem menjadi tidak stabil dan mengakibatkan stereng lebih berat dan berisiko menjadi kerosakan yang lebih serius pada komponen steering rack.

    KESAN STEERING RACK ROSAK

    Kesan steering rack rosak boleh berbeza-beza bergantung kepada tahap kerosakan. Jika kerosakan dibiarkan lama dan tidak diselenggara, ia boleh menyebabkan kesukaran dalam mengawal pergerakan kenderaan apabila dalam keadaan kecemasan, membelok atau lain-lain dan mampu menyebabkan kemalangan berlaku.

    Oleh itu, kita perlu segera mencari bantuan mekanik apabila kereta kita mengalami tanda-tanda steering rack rosak. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda