Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

Stereng kenderaan Tesla boleh tercabut?

NEW YORK, 10 MAC – Pegawai keselamatan kereta Amerika Syarikat telah melancarkan siasatan awal terhadap Tesla selepas stereng keretanya tercabut dalam dua kenderaan yang baru dihantar, menurut dokumen yang diteliti semula oleh AFP baru-baru ini.

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Nasional (NHTSA) memulakan ‘penilaian awal’ susulan dua kejadian di mana stereng ‘tercabut sepenuhnya’ ketika kenderaan Model Y Tesla sedang dipandu pada 2023, menurut laporan agensi.

Satu siasatan dalam syarikat kereta elektrik Elon Musk ‘telah dibuka untuk menilai skop, kekerapan dan proses pengeluaran yang dikaitkan dengan keadaan ini,’ kata laporan.

Kejadian itu, yang berlaku pada kelajuan rendah, tidak membawa kepada kecederaan, menurut NHTSA.

Dalam kedua-dua kes, kenderaan yang diserah tidak mempunyai bolt yang mencantumkan stereng kepada turus stereng, menurut fail yang diterima.

Siasatan awal dilancarkan ketika agensi yang sama menyiasat program bantuan pemandu ‘Autopilot’ Tesla berikutan beberapa insiden keselamatan.

Tesla juga telah mendedahkan siasatan Jabatan Keadilan dalam program bantuan pemandunya. – AFP

Gambar fail menunjukkan bahagian dalam sebuah kereta Tesla di bilik pameran Tesla di Red Hook, Brooklyn di Bandar New York.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -