Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sterling digugurkan daripada beraksi

    LONDON, 12 NOV – Raheem Sterling berkata dia terbawa-bawa perasaan dan membenarkan emosinya menguasai diri sehingga menimbulkan pergaduhan dengan pemain Liverpool, Joe Gomez yang menyebabkan pemain Manchester City itu telah digugurkan bagi saingan kelayakan Euro 2020 berdepan Montenegro.

    Sterling mengakui di Instagram hari ini bahawa dia dan Gomez sedang ‘bertelagah’ apabila mereka bertemu di kem England sehari selepas kemenangan 3-1 memihak kepada Liverpool sekali gus mengatasi juara bertahan Manchester City yang menyebabkan City ketinggalan sembilan mata di belakang skuad Jurgen Klopp.

    “Saya dan Joe masing-masing bertelagah dan saya menyelesaikannya,” kata Sterling.

    “Kami berada dalam keadaan emosi yang tinggi dan saya berani mengakui emosi itu lebih menguasai saya.

    “Kerana itu kami bermain sukan ini, kerana kami sayangkannya – saya dan Joe Gomez OK, kami berdua faham ia berlaku tiba-tiba… ia sudah selesai, kami menyelesaikannya dan tidak menjadikan ia lebih rumit.

    “Mari fokus untuk perlawanan kami Khamis ini,” kata Sterling.

    The Daily Mail telah melaporkan bahawa Gomez dan Sterling perlu ditenangkan oleh pasukan mereka selepas sahaja insiden pergaduahan itu berlaku semasa perlawanan.

    Kedua-dua pemain itu mempamerkan aksi tidak berpuas hati ketika beraksi pada perlawanan mereka pada Ahad lalu. – AFP

    Reaksi Sterling dan Gomez dari Liverpool semasa perlawanan mereka di Anfield, 10 November lalu. Sterling digugurkan bagi saingan kelayakan Euro 2020 berdepan Montenegro. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda