Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sterling kembali beraksi bantu City

    MANCHESTER, 19 Okt – Raheem Sterling akan kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris untuk membantu Manchester City menentang Burnley, esok selepas menamatkan kemarau gol di pentas antarabangsa dengan penuh bergaya.

    Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian bagaimana City mahu menawarkan pakej terbaik untuk mengikat pemain berusia 23 tahun ini dengan kontrak jangka panjang, bagi memastikan dia terus kekal di Etihad.

    Penyerang City itu meledak dua gol ketika membantu England mencipta kejutan menumbangkan Sepanyol 3-2, dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah, di Seville, Isnin lalu.

    Perkembangan itu menyaksikan pengendali City, Pep Guardiola sukar untuk memberi jaminan Sterling akan kekal selepas timbul spekulasi dia akan berpindah ke Real Madrid.

    Kontrak Sterling bersama City bakal tamat pada akhir musim depan dan setakat ini, tiada kata sepakat yang telah dicapai mengenai perjanjian baharu antara juara Liga Perdana dan pemain berkenaan.

    Nilai kontrak sepatutnya Sterling meningkat, namun ia akan semakin berkurangan setiap minggu selepas dia semakin hampir menjadi ejen bebas, pada 2020. – AFP

    Sterling ketika mengawal bola semasa perlawanan antara Croatia dan England di Stadium Rujevica di Rijeka pada 12 Oktober lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda