Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stesen janakuasa arang batu terakhir UK ditutup

    LONDON, 30 SEPT – Stesen janakuasa arang batu terakhir di United Kingdom (UK) akan ditutup secara rasmi hari ini, menjadikan Britain negara G7 pertama yang menamatkan kebergantungan kepada bahan api fosil untuk menghasilkan tenaga elektrik.

    Penutupan Ratcliffe-on-Soar, loji janakuasa yang telah menguasai landskap persekitaran tengah England selama hampir 60 tahun, menandakan langkah simbolik dalam cita-cita UK untuk menyahkarbon elektrik menjelang 2030, dan bebas karbon menjelang 2050.

    “Era arang batu mungkin akan berakhir, tetapi zaman baharu pekerjaan bagi tenaga yang baik untuk negara kita baru bermula,” kata Menteri Tenaga UK, Michael Shanks dalam satu kenyataan.

    Pemilik kilang Ratcliffe-on-Soar, Uniper, berkata tapak itu akan dimasukkan ke dalam tempoh penyahtauliahan selama dua tahun mulai Oktober.

    “Sebagai gantinya ialah pembangunan baharu iaitu hab teknologi dan tenaga bebas karbon,” kata syarikat itu.

    Seramai 350 pekerja dan kontraktor Uniper yang bekerja di tapak itu, sama ada akan ditugaskan semula ke bahagian lain dalam syarikat atau meninggalkan pekerjaan dalam tempoh tiga musim sebelum akhir 2026, kata Uniper kepada AFP.

    Ia menandakan berakhirnya kebergantungan 140 tahun Britain kepada arang batu kerana ia menjadi yang pertama negara-negara kaya dalam G7 menghapuskan sepenuhnya tenaga elektrik kuasa arang batu.

    Itali merancang untuk berbuat demikian pada tahun depan, Perancis pada 2027, Kanada pada 2030 dan Jerman pada 2038. Bagaimanapun, Jepun dan Amerika Syarikat tidak mempunyai tarikh yang ditetapkan. – AFP

    Gambar menunjukkan stesen janakuasa Ratcliffe-on-Soar di Nottingham, England, pada 29 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda