Wednesday, February 12, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stesen minyak bakal diperiksa, diteliti

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Beberapa buah stesen minyak di tiga buah daerah dijadualkan ditutup sementara bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian ke atas alat sukatan untuk pam minyak bagi April 2023.

    Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyatakan akan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak.

    Menurut SDT, langkah itu selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan.

    Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula pukul 9 pagi hingga selesai, yang mana anggaran pelaksanaannya adalah sekitar dua jam.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan tiga kali setahun.

    Sehubungan itu, pada 12 April ia akan dilaksanakan di Stesen Minyak Koperasi Peladang, Kampung Sungai Teraban, Daerah Belait; 15 April di Stesen Minyak Tasamul, Kampung Lumapas, Daerah Brunei dan Muara; 17 April di Stesen Minyak Sungai Bakong Lumut, Kampung Sungai Bakong, Daerah Belait; dan 27 April di Stesen Minyak PHA Bakar bin Jambol, Kampung Suran, Daerah Tutong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda