Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stesen minyak ditutup sementara

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Beberapa buah stesen minyak di keempat-empat daerah dijadualkan ditutup sementara bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian ke atas alat sukatan iaitu pam minyak bagi Mei 2024.

    Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Eko-nomi dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan akan dilaksanakan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak.

    Menurut unit SDT, langkah berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukatan dan timbangan bagi tujuan perdagangan.

    Dengan mengambil kira ke-selamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja peme-riksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula pukul 9 pagi sehingga selesai, yang mana anggaran pelaksanaannya mengambil masa kira-kira 2 jam.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan sebanyak tiga kali setahun.

    Sehubungan itu, jadual penutupan sementara stesen-stesen minyak bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan bagi Mei 2024 dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi bagi Daerah Brunei Muara adalah pada 8 Mei di Stesen Minyak Tumasek, Kampung Tumasek, 9 Mei di Stesen Minyak Berakas, Jalan Pasir Berakas dan 11 Mei di Stesen Minyak Mar’azmala, Kampung Jerudong; bagi Daerah Belait pada 14 Mei di Stesen Minyak Syarikat Perniagaan Melayu Sdn Bhd, Jalan Panglima; bagi Daerah Temburong pada 21 Mei di Stesen Minyak Batang Duri, Kampung Semamang; serta bagi Daerah Tutong pada 21 Mei di Stesen Minyak Kampung Keriam (PAKATAN TUTONG), Kampung Keriam.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Unit SDT melalui e-mel, sdt@mofe.gov.bn atau melalui talian, 2334092.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda