Saturday, December 7, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stesen Pengecas EV BYD dilancarkan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Maju Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Build Your Dreams (BYD) di Brunei, telah melancarkan Bilik Pameran BYD dan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik (EV) pertamanya di Bilik Pameran Satelit, The Mall, Gadong, hari ini.

    Pelancarannya telah disem-purnakan oleh Pengerusi Maju Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigedier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Ahmad dan disaksikan oleh Pengarah Urusan Maju Motors, Chan Key Hong; Pengarah Eksekutif, Stanley Lim Hock Ghim dan Pengiran Mohammad Abdul Aziz bin Pengiran Ratna Wijaya Brigedier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan, dan Pengarah Abdul Razak Holding, Haji Suhaimei bin Haji Besar.

    Kemunculan stesen pengecas EV di Brunei membantu meluaskan jenama BYD dalam pasaran EV baharu dan menandakan dedikasinya untuk berjaya dalam pasaran.

    Kenderaan mesra alam itu ditetapkan untuk merevolusikan pengangkutan di Negara Brunei Darussalam yang menyediakan kenderaan konvensional alternatif yang bersih dan berkesan.

    Stesen Pengecas EV itu diletakkan secara strategik di tempat letak kereta The Mall, Gadong, menampilkan dua pengecas standard global AC 22kW, membolehkan pengecasan serentak dua buah kenderaan elektrik BYD.

    YAM Pengiran Ratna Wijaya Brigedier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan melihat Stesen Pengecas EV BYD di Bilik Pameran Satelit, The Mall, Gadong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Chan Key Hong dalam ucapannya berkata, pelancaran stesen pengecas itu merupakan satu permulaan dan mereka sedang giat merancang untuk membuka lebih banyak stesen pengecas EV dengan kuasa lebih kuat dan cepat.

    Beliau berkata, dengan pelancaran stesen itu, ia diharapkan akan dapat memberikan semangat kepada pihak tertentu untuk berbuat demikian demi meningkatkan lagi pasaran EV di negara ini sebagai mengikut peredaran zaman yang kini semakin berkembang.

    Terletak berhampiran Bilik Pameran Satelit Maju Motors, ia menawarkan tempat menunggu yang sesuai kepada pemilik BYD sementara kenderaan mereka dapat dicas.

    Menurut kenyataan yang diberikan, pelancaran Stesen Pengecas EV itu merupakan langkah penting ke arah masa depan yang lebih mampan di Brunei.

    Kemudahan pengecasan awam khas untuk kenderaan BYD itu bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengecasan yang mudah dan percuma untuk pemilik BYD tetapi juga menyokong pembangunan infrastruktur EV, mengurangkan pencemaran dan menggalakkan penggunaan EV yang lebih meluas di pasaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda