DETROIT – Di seluruh dunia, sokongan bagi penggunaan kereta elektrik semakin meningkat. Syarikat pengeluar kereta giat mengeluarkan model-model kereta elektrik dengan aneka variasi dan harga yang lebih murah, seperti Chevrolet Bolt dan Model Tesla 3. China juga telah menetapkan sasaran agresifnya bagi penjualan kenderaan elektrik untuk membendung pencemaran; sesetangah negara-negara Eropah menyasarkan untuk semua-elektrik menjelang tahun 2040 atau lebih awal lagi.
Hasil cipta bercita-cita tinggi ini menghadapi banyak cabaran, termasuklah pertimbangannya bagi para pengguna: Jika mereka membeli kereta elektrik, di manakah mereka akan mengecas semula kereta mereka?
Pengagihan bagi stesen-stesen pengecasan awam ini tidak sekata di seluruh dunia. Tempat-tempat yang mempunyai banyak sokongan daripada kerajaan atau utiliti, seperti China, Belanda dan California, mempunyai beribu-ribu cawangan pengecasan awam. Pembeli bagi model mewah Tesla mempunyai akses kepada sebuah rangkaian ‘Supercharger ‘yang dibiayai oleh syarikat itu. Tetapi di kebanyakan tempat, pengecasan awam masih kekal terhad. Ini adalah satu masalah yang dihadapi oleh mereka yang perlu memandu jauh (lebih daripada 200 batu atau jarak yang mampu bagi kebanyakan kereta elektrik). Ia juga merupakan satu halangan bagi berjuta-juta pengguna yang tidak mempunyai plak pengecasan di garaj kereta mereka untuk dicas semalaman.
“Adakah kita mempunyai apa yang kita perlukan? Jawapannya buat masa ini ialah, ‘Tidak’,” kata Graham Evans, seorang penganalisis dari IHS Markit.
Mengambil contoh Norway, yang telah membiayai tempat pengecasan awam dan bermurah hati untuk memberi insentif bagi pembeli-pembeli kereta elektrik. Arkitek Nils Henningstad telah memandu melintasi 20 hingga 30 stesen pengecasan setiap hari sepanjang perjalanan 35 kilometernya itu ke Oslo. Dia bekerja di pusat bandar dan dapat mengecas keretanya, Nissan Leaf, di tempat kerjanya; tunangnya mengecas kereta SUV Teslanya di rumahnya atau di salah sebuah stesen pengecasan Tesla terbesar di dunia, yang berada 20 batu jauhnya.
Ia adalah suatu landskap yang sangat berbeza di New Berlin, Wisconsin, di mana Jeff Solie hanya bergantung kepada sistem pengecasan yang beliau cipta sendiri bagi mengecas dua buah kereta sedannya iaitu Tesla dan Volt. Solie dan isterinya tidak mempunyai sistem pengecasan di pejabat mereka, dan stesen pengecasan mega Tesla yang terdekat adalah 72 kilometer jauhnya.
“Sekiranya saya tidak dapat mengecasnya di rumah, jadi ianya bukanlah untuk saya untuk memiliki kereta elektrik ini sebagai sumber pengangkutan saya,” kata Solie, yang bekerja di syarikat media E.W. Scripps.
Pengagihan stesen pengecasan yang tidak sekata ini telah membimbangkan bagi kebanyakkan pemilik kenderaan elektrik ini. Ini adalah salah satu sebab kenapa kereta elektrik hanya mempunyai satu peratus keberadaanya di jalanraya.
“Satu kes terburuk bagi pembelian kereta ini. Mereka perlu membuktikan kepada para pengguna bahawa mereka dapat memandunya di seluruh negera, walaupun sebenarnya tidak,” kata Pasquale Romano, Ketua Pegawai Eksekutif ChargePoint, salah satu penyedia stesen pengecasan terbesar Di Amerika Utara dan Eropah.
Romano mengatakan bahawa tidak ada nisbah yang tepat bagi jumlah bilangan pengecasan yang diperlukan bagi setiap kereta. Tetapi dia mengatakan bahawa tempat-tempat khas perlu mempunyai satu ruangan pengecasan bagi setiap 2.5 kereta elektrik dan kedai runcit juga perlu dipasang (sistem pengecasan ini) bagi setiap 20 buah kereta elektrik. Manakala lebuhraya pula perlu mempunyai satu stesen bagi setiap 50 hingga 75 batu, katanya. Ini menunjukkan jurang yang masih banyak perlu diperbaiki.
Pembuat kereta dan pihak kerajaan cuba berusaha menampung masalah ini. Jumlah tempat pengecasan global yang boleh didapati secara umum meningkat 72 peratus kepada lebih daripada 322,000 pada tahun lepas, kata Agensi Tenaga Antarabangsa. Penyelidikan Navigant menjangka bahawa ia akan berkembang kepada 2.2 juta menjelang tahun 2026; lebih daripada satu pertiga daripada mereka akan berada di China.
Tesla Inc. – tahun lalu menggambarkan bahawa pengguna tidak akan membeli keretanya jika tanpa adanya pengecasan di tepi jalan – sedang menggandakan rangkaian stesen ‘Supercharger’ secara global kepada 10,000 tahun ini. BMW, Daimler, Volkswagen dan Ford sedang membina 400 stesen pengecasan-cepat di Eropah. Volkswagen sedang membina beratus-ratus stesen di seluruh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada penyelesaiannya untuk menjual enjin dieselnya yang mencemarkan. Bahkan kawasan yang kaya dengan minyak, Dubai, baru sahaja mempunyai bilik pameran Tesla yang pertamanya, dan ia pun sudah mempunyai 50 lokasi bagi pengecasan semula kereta-kereta elektrik. – AP