Stesen Petrol IBA, Lambak ditutup 2 Disember

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) memaklumkan orang ramai bahawa Stesen Minyak IBA di Kampung Lambak akan ditutup untuk majlis khas bermula 5:30 petang, pada 2 Disember.

Sehubungan dengan itu, para pelanggan bolehlah pergi ke stesen-stesen alternatif berdekatan di TAIB Delima Service Station, Serusop; Berakas Filling Station, Berakas; dan Syarikat Kerjasama Stesen Minyak Persatuan TIBA (KOTIBA), Salambigar.

Menurut kenyataan BSM, stesen itu akan beroperasi semula seperti biasa pada 3 Disember dan bagi maklumat lanjut, orang awam bolehlah menghubungi Pusat Panggilan BSM di talian 2244739 atau melayari laman sesawang www.bsm.com.bn. BSM dalam kenyataannya turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.