Monday, March 3, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stesen radio amatur dilancarkan rai detik bersejarah negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Persekutuan Radio Amatur Negara Brunei Darussalam (BDARA) dengan usaha sama Kelab Radio Amatur Pengakap, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Pelancaran Special Event Station sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 (HK-41), 2025 bertempat di Kawasan Lapang Pengakap, Beribi baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan pelancaran berkenaan ialah Yang Di-Pertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.

    Acara berkenaan diadakan untuk membarigakan keunikan daya pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sehingga negara mencapai maju jaya, aman makmur serta menjadi contoh teladan kepada pemimpin di seluruh dunia.

    Acara itu juga bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan pengguna radio amatur yang berkomunikasi di udara dan bersama-sama meraikan detik-detik bersejarah serta memperkenalkan Negara Brunei Darussalam secara langsung dalam mempromosikan pelancongan Negara Brunei Darussalam.

    Persekutuan BDARA akan berjalan seiring dengan organisasi bukan kerajaan yang lain dalam membantu Negara Brunei Darussalam mencapai Wawasan 2035 selaras dengan tema Sambutan HK-41, Bersatu Mencapai Cita Negara.

    Dato Paduka Ar Haji Idris menyampaikan ucapan.
    Gambar ramai semasa pelancaran berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN BDARA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda