Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stesen Minyak Perairan Kampung Buang Sakar dibuka

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) memaklumkan bahawa Stesen Minyak Perairan Kampung Buang Sakar di Kampung Buang Sakar akan memulakan operasinya esok (1 November).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BSM, di sini, stesen menawarkan minyak Shell Regular RON85 kepada pelanggan-pelanggannya, ia beroperasi pada jam 7 pagi hingga 4 petang.

    Pelanggan dari sungai boleh melabuhkan bot mereka di jeti stesen itu dan pelanggan dari darat boleh meletakkan kenderaan mereka di kawasan lapang berhampiran stesen tersebut.

    Pelanggan perlu untuk membawa bekas minyak ke pam minyak di stesen sungai itu untuk mengisi minyak masing-masing.

    Pelanggan diingatkan untuk mematuhi semua prosedur keselamatan semasa berada di stesen sungai berkenaan.

    Selain itu, Stesen Minyak Perairan Kampung Buang Sakar juga patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan pelanggan serta semua kakitangan di stesen itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda