Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stesen Victoria dibuka semula

    LONDON, 30 Mei – Stesen kereta api berdekatan Manchester Arena dibuka semula hari ini, selepas lebih seminggu seorang penyerang meletupkan bom di kawasan orang ramai yang meninggalkan sebuah konsert, membunuh 22 orang dan mencederakan puluhan orang.

    Datuk Bandar Manchester, Andy Burnham dan Setiausaha Pengangkutan Chris Grayling yang meletakkan bunga di stesen Victoria yang juga mengalami kerosakan dalam letupan itu.

    Burnham berkata bandar itu telah mula kembali pulih “berikutan minggu paling gelap kami.”

    Untuk kembali ke tahap biasa diikuti satu penghormatan penuh emosi kelmarin untuk mangsa-mangsa serangan. Ratusan orang berdiri diam di Dataran St Ann di mana selautan kad, bunga dan belon telah dicurahkan tapak peringatan spontan bagi orang-orang yang telah terkorban dan tercedera dalam letupan itu.

    Pihak polis cuba untuk membuat kembali pergerakan penyerang Salman Abedi sebelum dia meletupkan sebuah bom di konsert Ariana Grande.

    Orang ramai mula menggunakan kereta api di Stesen Victoria, Manchester. – AFP
    Orang ramai mula menggunakan kereta api di Stesen Victoria, Manchester. – AFP

    Seramai 14 orang telah ditahan, kebanyakannya di dalam dan sekeliling Manchester dan pihak polis telah meredah puluhan hartanah apabila para penyiasat mencantumkan rangkaian di sekeliling Abedi, rakyat Britain berusia 22 tahun dari keturunan Libya. Dia meninggal dunia ketika bom yang dibawanya di dalam beg meletup di tengah-tengah orang ramai.

    Pegawai-pegawai Britain di bawah tekanan untuk menjelaskan bagaimana Abedi menjalankan plotnya itu tanpa dikesan. Pihak kerajaan telah berkata dia merupakan salah seorang daripada ribuan orang di bawah perhatian agensi-agensi risikan namun bukan fokus pengawasan.

    Ketua Polis Manchester berkata, Abedi pernah menjadi perhatian polis bagi hal-hal kecil termasuk kecurian, menerima barangan curi dan serangan.

    Hopkins berkata dia tidak sedar apa yang agensi-agensi risikan tahu mengenai Abedi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda