WELLINGTON, 31 DIS – Bekas jurulatih All Black, Steve Hansen bergelar Sir Stephen hari ini, setelah menerima Kesateria dalam senarai penghormatan Tahun Baharu New Zealand, namun dia menegaskan dia masih ‘Steve yang lama’.
Walaupun Hansen gagal dalam usaha membimbing All Blacks ke perlawanan akhir Piala Dunia tahun ini, tewas dalam separuh akhir kepada England, anugerah tersebut mencatatkan sumbangan cemerlangnya kepada kesatuan ragbi. Semasa dia memimpin All Black, dia telah memenangi Piala Dunia 2015, dan mendapat tempat ketiga pada tahun 2019, meraih gelaran pasukan Ragbi Dunia untuk lima tahun berturut-turut, memenangi Kejuaraan Ragbi enam kali dan mengekalkan Piala Bledisloe, bermain setiap tahun menentang Australia dalam lapan tahun.
Hansen memberitahu siaran televisyen New Zealand, dia amat bangga dengan gelaran tersebut dan melahirkan penghargaan kepada kepada isterinya dan para pemain yang telah bekerja dengannya bagi anugerah itu.
“Saya bersyukur selama-lamanya untuk bakat jurulatih yang ada, dan bersyukur untuk pengurusan yang mengagumkan serta kakitangan sokongan yang kami ada. Saya tidak akan dapat melakukan ini dengan sendiri, jadi penghormatan ini sangat penting,” katanya.
Namun baginya, anugerah penghormatan yang diberikan tersebut dan panggilan ‘Sir Steven’ tidak selesa baginya.
“Saya hanya Steve yang dulu, dan gelaran lama itu saya lebih suka sampai bila-bila,” tambahnya.
Hansen, yang membesar untuk menjadi joki dan memulakan kehidupannya sebagai seorang polis, berkata menjadi jurulatih merupakan sesuatu yang dia tidak pernah terlintas dalam fikirannya, dia hanya mahu memberikan sesuatu untuk sukan yang dia minati. – AFP