Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Steven Spielberg terima Golden Bear di festival filem

    Pengarah terkenal, Steven Spielberg (gambar-Agensi) menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat, Golden Bear di Festival Filem Antarabangsa Berlin baru-baru ini, lapor agensi akhbar Jerman (DPA).

    Anugerah itu disampaikan penyanyi kumpulan rock Ireland U2, Bono yang menyifatkan Spielberg sebagai ‘antara aset terbesar Hollywood’.

    “Malam ini, penganugerahan ‘Golden Bear’ terhadap Steven Spielberg adalah pilihan tepat.

    “Pencapaian sepanjang hayatnya bukan hanya mengenai kerjaya tetapi membabitkan kehidupan dan keluar-ganya yang sebenar,” kata Bono ketika majlis anugerah itu.

    ‘Golden Bear’ juga pernah dianu-gerahkan kepada Dustin Hoffman, Kirk Douglas dan Meryl Streep.

    Spielberg, 75, terkenal dengan filem Hollywoodnya termasuk ET, Indiana Jones, Jurassic Park dan Jaws.

    Filem terbaharunya, The Fabelmans adalah berdasarkan kisah sebenar zaman kanak-kanaknya dengan berlatar belakang Amerika selepas perang.

    Filem yang dibintangi Paul Dano dan Michelle Williams itu menerima pujian yang meluas, meraih penghargaan tertinggi dan memenangi Anugerah Golden Globes dan Critics Choice Award 2023.

    Ia juga menerima tujuh pencalonan Anugerah Akademi, termasuk filem terbaik di Oscar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...