Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    STJ PGGMB adakan ceramah motivasi

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Sebagai usaha untuk membakar semangat dan memberikan motivasi kepada para murid dalam menghadapi peperiksaan, Sekolah Tunas Jaya (STJ) PGGMB, cawangan Madang telah mengadakan ceramah motivasi bagi murid-murid Tahun 6, kelmarin.

    Ceramah motivasi bertajuk ‘Persediaan Menghadapi Peperiksaan’ berkenaan telah dihadiri oleh seramai 26 orang murid yang akan menduduki peperiksaan PSR pada Oktober nanti.

    Turut hadir semasa sesi ceramah itu ialah Guru Besar, Awang Ismail bin Haji Tia, penolong guru besar dan guru-guru mata pelajaran.

    Ceramah itu disampaikan oleh Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri yang mengongsi beberapa tip yang menjadi amalan murid-murid sekolah semasa menduduki peperiksaan seperti mengurus masa dengan bijak, membuat jadual waktu belajar, membuat ulang kaji secara berterusan serta membuat nota-nota ringkas.

    Di samping itu, beliau juga mengadakan beberapa sesi dalam kelompok bagi menguji kecerdasan murid-murid.

    Pada masa yang sama, beliau juga mendoakan supaya para murid akan mendapat keputusan cemerlang dan sentiasa fokus dalam membuat ulang kaji yang berterusan.

    Haji Mustapa, Awang Ismail, guru-guru dan murid-murid bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan STJ PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda