Oleh Daniel Lim
BELAIT, 8 OGOS – Seramai 14 guru dan kakitangan Sekolah Tunas Jaya Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei Kuala Belait (STJ PGGMB KB) telah mengikuti Kursus Lifesaver 995 yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 8 Ogos lalu.
Dengan bimbingan pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei (BFRD) yang diketuai oleh Ketua Unit Perhubungan Awam Operasi cawangan ‘B’, SO Sarkawi bin Bakar, guru-guru dan kakitangan yang mengambil bahagian dalam kursus itu mempelajari asas-asas keselamatan kebakaran.
Pengisian kursus tersebut termasuk sesi teori dan praktikal di mana mereka diberi taklimat tentang sebab dan punca kebakaran, memahami tindakan yang diambil semasa menjalankan latihan mengosongkan bangunan, teknik pemadaman api yang betul serta pendekatan teknik survival jika terperangkap dalam bangunan semasa kebakaran.
Antara pengisian dan aktiviti dalam kurus berkenaan.