Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    STJ PGGMB Kuala Belait kenang jasa guru

    Oleh Sim Y. H.

    KUALA BELAIT, 5 OKT – Sambutan Hari Guru terus disambut dengan penuh kesyukuran dan keceriaan bagi mengenang jasa dan budi para guru dengan Sekolah STJ PGGMB Kuala Belait tidak ketinggalan untuk mengadakan Sambutan Hari Guru 2025 yang berlangsung di sekolah berkenaan, kelmarin.

    Sambutan itu memberi peluang kepada murid untuk menzahirkan penghargaan kepada guru-guru mereka dengan mengadakan persembahan, nyanyian, lakonan dan fesyen pakaian yang dipersembahkan, dihadiahkan dan disertai dengan ucapan terima kasih kepada guru-guru mereka.

    Majlis itu diserikan dengan persembahan nyanyian dan fesyen pakaian oleh murid Pra 1- 3, Persembahan lagu, Guru Oh Guru dari murid tahun 1 – 3, Persembahan kior, GuruKu Pemacu Masa Depan oleh murid tahun 4 dan 6 serta seterusnya penyampaian sijil penghargaan dan hadiah Kejohanan Sukan Sempena Hari Guru ke-35 Tahun dan Tayangan Video.

    Haji Mustapa dan Fazziah bergambar-ramai dengan jemputan khas, guru-guru, kakitangan serta murid-murid sekolah berkenaan.

    Hadir bagi sama-sama menyerikan Majlis Sambutan Haru Guru STJ PGGMB Kuala Belait, Yang DiPertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri, Guru Besar STJ PGGMB Kuala Belait, Fazziah binti Kamis, Timbalan Setiausaha Agung (Dalam Negeri), Haji Abu Bakar bin Haji Suhaili, Ketua Audit PGGMB, Haji Abang Rashidi bin Haji Suhaili, Guru-Guru, Kakitangan Sekolah dan Murid-Murid Sekolah.

    Fazziah dalam ucapan alu-aluannya menyeru murid-murid sekolah supaya rajin belajar dan terus berusaha bersungguh-sungguh demi mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian akademik cemerlang untuk masa depan yang lebih baik dan masyarakat yang berpendidikan tinggi.

    Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih atas penglibatan, kegigihan dan kesungguhan murid-murid bagi menjayakan majlis berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru.

    Persembahan daripada murid-murid sekolah yang menyerikan dan memeriahkan acara sambutan.
    Persembahan daripada murid-murid sekolah yang menyerikan dan memeriahkan acara sambutan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB KUALA BELAIT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda