Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Sekolah Tunas Jaya Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei cawangan Lambak (STJ PGGMB Lambak), kelmarin, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Bumi 2024 di sekolah berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu, Ganesan, dan turut hadir Guru Besar, Haji Roslan bin Haji Mohd Hassan.
Majlis diteruskan dengan hari memperingati ulang tahun penubuhan STJ PGGMB Lambak ke-34 tahun, dan diserikan dengan Hari Keusahawanan Muda.
Pada majlis tersebut, Haji Roslan dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan tujuan majlis iaitu bagi meningkatkan kesedaran dan langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar di mana institusi pendidikan juga tidak terkecuali dalam sama-sama memainkan peranannya.
Majlis kemudian diserikan dengan persembahan nyanyian koir berkonsepkan alam dan bumi.
Lagu Fly Fly The Butterfly dan Rain-Rain Go Away oleh murid-murid Pra 1 dan 2 yang menggambarkan kesedaran mengenai alam sekitar kepada kehidupan kita.
Sementara itu, pameran kraftangan murid-murid turut dipamerkan di majlis itu untuk memberi kesedaraan akan kebaikan dan kepentingan amalan kitar semula kepada mesyarakat.
Turut dipamerkan dalam acara itu ialah haiwan-haiwan peliharaan eksotik dan kucing.
Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi yang juga mempengaruhi kesihatan haiwan-haiwan.