Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Dengan matlamat untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai tanggungjawab, tugas dan peranan anggota Bomba dan Penyelamat, pelajar-pelajar Tahun 1,2 dan 3 Sekolah Tunas Jaya PGGMB Madang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Rimba, baru-baru ini.
Rombongan pelajar dan guru berkenaan telah dialu-alukan oleh para pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat di Balai Bomba Rimba.
Semasa lawatan berkenaan, rombongan diberikan taklimat oleh salah seorang anggota bomba dan penyelamat. Penerangan mengenai pakaian seragam anggota bomba dan penyelamat, cara-cara memegang alat pemadam api dan demonstrasi operasi penyelamatan turut diberikan kepada ahli rombongan.
Selain itu, ahli rombongan turut diberikan nasihat dan penerangan mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka apabila berlakunya kebakaran.