Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stockholm uji feri ‘terbang’ elektrik

    STOCKHOLM, 17 JULAI – Satu meter di atas permukaan, sebuah feri elektrik sepenuhnya meluncur laju merentasi perairan Stockholm ketika sebuah syarikat Sweden bersiap sedia untuk mula mengambil penumpang tetap pertamanya.

    Dilengkapi dengan tiga sayap menegak, atau hidrofoil, kapal itu “mampu terbang keluar dari air apabila ia bergerak dengan cukup pantas,” Andrea Meschini, ketua ujian R&D untuk feri Candela P-12, memberitahu AFP.

    “Ia menakjubkan, ia berasa seperti masa depan,” kata Meschini sambil menunjukkan prototaip itu di luar pantai kepulauan Stockholm, sambil menambah bahawa ‘ia berasa seperti permaidani ajaib’.

    Dengan sensor yang sentiasa melaraskan sayap, feri itu mengekalkan kestabilannya. Dengan melayang di atas air, ia menggunakan ‘sehingga 80 peratus kurang’ tenaga daripada bot biasa, menurut Meschini.

    Memandangkan ia meminimumkan geseran, feri itu mampu bergerak lebih laju daripada feri konvensional dengan kelajuan tertinggi 55 kilometer sejam. – AFP

    Foto yang diambil pada 3 Jun ini menunjukkan feri elektrik Candela P-12, yang dirancang untuk dikendalikan sebagai bot ulang-alik, di Stockholm, Sweden. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda