Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stok darah berkurang, penderma diperlukan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah di kesemua hospital kerajaan ketika ini ditahap yang rendah.

              Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara dengan menderma darah.

              Dalam pada itu, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah pada 2 Ogos di Dewan Pameran GHK Motors Beribi bermula pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan pada 5 Ogos di McDonald’s Drive Thru Jerudong, Kampung Jerudong anjuran McDonald’s Brunei bermula pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga 3 petang.

    Orang ramai dialu-alukan untuk menjayakan dan menderma darah untuk sama-sama membantu mengekalkan stok darah di negara ini.

              Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

            

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda