Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stok ubat COVID-19 boleh guna pada kucing

    NICOSIA, 4 OGOS – Persatuan doktor haiwan Cyprus, hari ini memuji keputusan kerajaan untuk membenarkan stok ubat COVID-19 manusia digunakan pada kucing untuk menangani mutasi virus kucing yang telah membunuh ribuan haiwan di pulau Mediterranean tetapi tidak menjangkiti manusia.

    Persatuan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka merayu kepada kerajaan untuk mendapatkan akses kepada ubat tersebut pada harga yang berpatutan pada awal tahun ini, apabila mutasi yang menyebabkan Feline Infectious Peritonitis (FIP) yang membawa maut mula muncul dengan ketara dalam populasi kucing pulau itu.

    “Kami akan terus menyiasat dan mengawal peningkatan dalam kes FCov-2023,” kata persatuan itu.

    Ketua Perkhidmatan Veterinar Cyprus, Hristodoulos Pipis memberitahu syarikat penyiaran hari ini, pemilik kucing boleh mendapatkan ubat dalam bentuk pil pada harga 2.5 euro (AS$2.74) sebiji di klinik doktor haiwan selepas pemeriksaan dan diagnosis rasmi.

    Jenama ubat itu ialah Lagevrio dan bahan aktifnya adalah Molnupiravir. Presiden Persatuan Doktor Veterinar, Nektaria Ioannou Arsenoglou memberitahu The Associated Press bahawa manusia tidak akan dijangkiti virus mutasi kucing, yang tidak berkaitan dengan COVID-19.

    Ahli farmasi kanan Kementerian Kesihatan, Costas Himonas memberitahu AP bahawa 2,000 bungkusan ubat itu akan disediakan kepada doktor haiwan secara berperingkat pada bulan depan.

    Himonas berkata tidak akan ada risiko kehabisan pada simpanan farmaseutikal semasa meskipun jika berlakunya sebarang lonjakan bilangan COVID-19.

    Menurut Arsenoglou, FIP hampir selalu membawa maut jika tidak dirawat namun pemberian ubat boleh membantu kucing kembali sihat sekitar 85 peratus dalam kedua-dua bentuk penyakit basah dan kering. – AFP

    Kelihatan kucing di tempat perlindungan taman linear utama, di ibu kota Nicosia, Cyprus, 19 Julai. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda