Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stoke tambat Leicester

    LONDON, 5 Nov – Leicester City melanjutkan perlawanan tanpa kalah mereka semalam dengan keputusan seri di Stoke sementara rentetan tanpa menang West Brom berterusan kepada sembilan perlawanan menentang Huddersfield, yang bermain 10 orang, menimbunkan tekanan ke atas pengurus Tony Pulis.

    Dengan lima daripada enam pasukan teratas tidak beraksi semalam, fokus tertumpu pada perjuangan di zon bawahan Liga Perdana sebelum Liverpool membuat sepak mula pada awal pagi tadi.

    Dalam perlawanan lebih awal, bekas penyerang England, Peter Crouch keluar dari bangku simpanan untuk menyelamatkan satu mata bagi Stoke City untuk seri 2-2, menafikan satu lagi kemenangan buat pengurus Leicester, Claude Puel selepas dia menang dalam perlawanan pertamanya menentang Everton minggu lepas.

    Juara Liga Perdana 2015/16 itu kini tanpa kalah dalam enam perlawanan semua persaingan selepas pergelutan awal musim tetapi pasti kecewa selepas mensia-siakan pendahuluan mereka sebanyak dua kali, dan akhirnya terhutang budi kepada penjaga gol Kasper Schmeichel.

    Penyerang Leicester City, Shinji Okazaki (kiri) ketika membuat rembatan sambil cuba dihalang oleh penjaga gol Everton dan pertahanan Stoke dalam aksi Liga Perdana. – AP

    Leicester berpisah dengan Craig Shakespeare bulan lepas setelah jatuh ke zon penyingkiran tetapi kembali bangkit di bawah pengurus sementara Michael Appleton dan bekas pengurus Southampton, Puel.

    “Saya gembira dengan sikap para pemain saya, ia adalah perlawanan yang bagus, intensiti dan semangat yang bagus,” kata Puel.

    “Kami mempunyai banyak peluang hari ini. ia adalah sukar untuk menerima satu mata tetapi Kasper kemudian membuat aksi menyelamat yang luar biasa, jadi OK, kami ambil satu mata. Ia adalah perlawanan yang penuh semangat yang mana penting untuk masa depan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda