Stor simpanan senjata terbakar

BAGHDAD, 10 SEPT – Kebakaran dikatakan telah meletus di sebuah depot simpanan peluru milik kumpulan militia Hashd al-Shaabi di Iraq, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media tempatan pada hari ini.

Kebakaran berlaku di daerah Hit di bandar Anbar yang terletak di barat Iraq di mana Hashd al-Shaabi mempunyai sebuah stor penyimpanan senjata.

Beberapa laporan mendakwa kebakaran itu berlaku susulan serangan udara sebuah jet pejuang yang tidak dikenali.

Beberapa laporan mendakwa ada orang terbunuh atau cedera dalam kebakaran itu.

Pelbagai depot peluru unit Hashd al-Shaabi telah menjadi sasaran antara 19 Julai dan 25 Ogos. Kumpulan separa tentera itu menuduh Israel melancarkan serangan itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada 20 Ogos berkata elemen ketenteraan Iran di Iraq telah menjadi sasaran tentera rejim pada Julai. – Bernama