TOKYO, 31 OGOS – Ratu berbasikal, Sarah Storey berkata dia telah menakluki ‘perlumbaan sebenar’ hari ini ketika dia menyamakan rekod Britain memenangi pingat emas Paralimpik ke-16.
Atlet berusia 43 tahun itu, yang memenangi pingat emas dalam acara 3,000m enam tahun lalu, sekali lagi menyerlah dalam acara percubaan masa C5 wanita di Fuji International Speedway untuk meraih pingat keseluruhan yang ke-27.
“Ia adalah perlumbaan sebenar,” kata Storey, yang dilahirkan tanpa tangan kanan yang berfungsi.
“Anda cuba mengejar masa dan cuba untuk menewaskan lawan.
“Saya gemar menyaksikan percubaan masa, saya gemar membuat perancangan jadi apabila anda berlumba dengan mereka dan ia berlalu seperti yang dirancang, ia terasa sangat hebat.”

Ia merupakan ulangan kejayaan pada minggu lalu bagi Britain di velodrom dengan Crystal Lane-Wright sekali lagi meraih pingat perak.
Tetapi dia mencatatkan masa lebih seminit setengah di belakang masa yang dicatatkan Storey iaitu 36 minit 08.90 saat untuk tiga pusingan sejauh lapan kilometer. Atlet Jerman, Kerstin Brachtendof menduduki tangga ketiga.
“Setiap selekoh terasa sangat pantas dan sangat lancar,” kata Storey.
“Saya terperangkap dalam kesesakan di beberapa kawasan jadi saya terpaksa mencari jalan keluar tetapi selain daripada itu ia adalah sangat pentas.”
Storey mampu memenangi gelaran emas ke-17 dan menjadi pelumba terbaik Paralimpik Britain pada Khamis sekiranya dia berjaya mengekalkan kejuaraan perlumbaan C4-5 untuk membawa pulang hatrik pingat emas.
Dia kini seri meraih 16 pingat emas bersama Mike Kenny, yang bersaing dari 1976 hingga 1988.
Pencapaian Storey sangat menakjubkan. Dia memulakan karier di Paralimpik di acara kolam renang beraksi di Barcelona pada usia 14 tahun pada tahun 1992. – AFP