Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    STPRI rai pelajar cemerlang

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Seramai 106 orang pelajar cemerlang di peringkat O dan BTEC, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Cemerlang Akademik yang diadakan di Dewan Puteri sekolah berkenaan, hari ini.

    Pada majlis itu, 100 orang pelajar cemerlang peringkat O dan enam pelajar BTEC telah menerima hadiah yang disampaikan oleh tetamu kehormat, Pengetua Pusat Tingkatan Enam Sengkurong (PTES), Dayang Tutty Hyrneeita binti Haji Abdul Latip yang juga mantan Pengetua STPRI.

    Terdahulu majlis penyampaian hadiah itu, Pemangku Pengetua STPRI, Haji Ismail bin Haji Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan, pencapaian pelajar STPRI pada 2022 boleh dibanggakan di mana, sekolah berkenaan mencapai kedudukan tertinggi di peringkat kebangsaan.

    Beliau seterusnya menjelaskan, 64.9 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan peringkat O pada 2022 telah berjaya mendapat lima kredit ke atas iaitu 100 orang pelajar daripada 154 pelajar, dan ini adalah pencapaian yang luar biasa.

    Selain itu, beliau turut mengongsikan pencapaian sekolah berkenaan dan kedudukan STPRI untuk empat mata pelajaran seperti Combined Science, Commerce, O Level Mathematic dan Sastera dalam Bahasa Inggeris.

    Dayang Tutty Hyrneeita bergambar bersama salah seorang pelajar cemer-lang semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda