Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    STPRI terima kunjungan dari SM Serangoon Garden, Singapura

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Seramai 12 pelajar Tahun 9 dari Sekolah Menengah Serangoon Garden, Singapura baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.

    Ketibaan rombongan pelajar sekolah berkenaan yang diketuai oleh Penolong Pengetua, Zainal Anidin Mahmood, telah di alu-alukan oleh Pengetua STPRI, Hajah Azizah Haji Abd Rahman dan guru-guru sekolah berkenaan.

    Sepanjang lawatan di sekolah berkenaan, rombongan pelajar berpeluang melihat lebih dekat lagi ruang pembelajaran di sekolah berkenaan.

    Selain berpeluang mengadakan lawatan ke bilik bacaan, galeri MIB dan menyaksikan permainan tradisi Brunei dan persembahan tarian yang diadakan di ruang lain sekolah berkenaan.

    Gambar suasana lawatan dari SM Serangoon Garden, Singapura ke STPRI, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN STPRI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda