Thursday, May 15, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Strategi belia ke arah tindakan iklim

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Suara golongan belia mempunyai kuasa untuk merubah hala tuju tindakan iklim dan bagi Negara Brunei Darussalam, di mana golongan belia iaitu yang berusia antara 14 tahun hingga 40 tahun merangkumi kira-kira 44.5 peratus atau hampir separuh jumlah penduduk negara, mereka memainkan peranan yang penting dalam mengetengahkan tindakan iklim diterajui oleh belia di negara ini.

    Pada masa yang sama, organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan iklim juga meningkat di Brunei dan mereka secara aktif menerajui program-program yang di-pimpin oleh belia untuk menangani perubahan iklim.

    “Dalam hubungan itu, kita berhasrat untuk memperkasakan lagi ramai golongan muda di Brunei untuk menerajui tindakan terhadap perubahan iklim kerana kita tidak akan dapat mencapai masa depan mapan yang kita hasratkan tanpa penyertaan serta penglibatan golongan muda.”

    Penekanan itu dibuat oleh Setiausaha Tetap (Tenaga) di Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian (MEMI), Haji Azhar bin Haji Yahya, selaku pengerusi Jawatankuasa Eksekutif bagi Perubahan Iklim ketika berucap semasa Semakan Belia bagi Pendrafan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, kelmarin.

    Turut hadir semasa acara berkenaan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari dan Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga dan Kuasa Elektrik) di MEMI, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, selaku pengerusi Kumpulan Kerja Mitigasi Iklim.

    Haji Azhar dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa bergambar ramai bersama para belia yang menyertai Sesi Semakan Belia Pendrafan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan yang berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, kelmarin. –Gambar oleh MEMI

    Haji Azhar menambah bahawa Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan akan menggariskan peluang bagi mitigasi iklim dan langkah-langkah adaptasi yang akan membawa kepada pertumbuhan rendah karbon serta pada masa yang sama, akan menjadikan Brunei sebuah negara yang berdaya tahan iklim.

    Beliau turut menjelaskan bahawa dasar itu akan menjadi alat strategik kebangsaan yang amat penting yang akan mentadbir komitmen negara ke arah menangani cabaran global perubahan iklim.

    Haji Azhar juga menyatakan bahawa pendrafan lelaran pertama dasar perubahan iklim berkenaan telah bermula dan lelaran kedua akan dihasilkan.

    Sesi semakan yang dihadiri oleh kira-kira 60 orang peserta terdiri daripada pelajar, profesional dan sukarelawan merupakan kesinambungan bagi Bengkel Pendrafan dan Rangka Dasar Sesi Pertama yang diadakan pada 21 Oktober lalu.

    Sesi semakan berkenaan mengumpulkan belia daripada pelbagai profesi dalam suasana perbincangan aktif untuk menangani isu-isu perubahan iklim serta membangunkan cadangan dasar.

    Semasa sesi itu, para belia berbincang dan menyediakan pandangan masing-masing mengenai lima tema langkah pengurangan perubahan iklim termasuk pelepasan buruan, tenaga boleh diperbaharui, pemuliharaan biodiversiti dan penanaman semula hutan, kenderaan elektrik serta adaptasi dan daya tahan iklim.

    Hasil dapatan dan cadangan dasar daripada sesi semakan itu akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Pendrafan Dasar Perubahan Iklim bagi lelaran kedua.Menurut MEMI, mereka berharap sesi semakan itu akan menanamkan pemikiran kemasyarakatan dalam kalangan belia negara ke arah masa depan berdaya tahan iklim dan rendah karbon.

    MEMI melalui Sekretariat Perubahan Iklim Brunei akan terus membangun, melaksanakan, memantau dan menilai dasar-dasar perubahan iklim negara, strategi serta pelan tindakan di peringkat Negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/