Kumpulan Stray Kids mencipta sejarah tersendiri apabila membuat penampilan sulung mereka di acara Met Gala 2024 yang berlangsung pada 6 Mei lalu.
Malah mereka juga menjadi kumpulan K-Pop pertama yang dijemput menghadiri acara berprestij berkenaan.
Bagaimanapun, menurut kenyataan mStar, tular sebuah video di aplikasi X mendakwa jurugambar yang betugas mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ketika sesi bergambar di acara karpet merah.
Jurugambar tersebut didakwa melemparkan kenyataan berkenaan wabak COVID dan mengejek rupa paras anggota kumpulan tersebut sebagai jenaka.
“Saya rasa macam nak dapat COVID semula bila lihat mereka.
“Kenapa mereka nampak macam robot? Saya tak pernah lihat muka orang tidak berperasaan seperti ini,” katanya.
Ramai peminat meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap tidak profesional dan biadab yang ditunjukkan terhadap anggota kumpulan Stray Kids.
“Ini bukanlah perkara yang kelakar. Mereka tidak didiskriminasikan kerana mereka lelaki Asia.
“Apabila mereka mendengar ‘K-pop’, terus mereka memandang rendah terhadap kumpulan tersebut,” komen warganet. – Agensi


