Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    ‘Street cheering’ dibatalkan susulan tragedi Itaewon

    SEOUL, 4 NOV – Badan induk bola sepak Korea Selatan pada Jumaat mengumumkan acara ‘street cheering’ sempena meraikan berlangsungnya Piala Dunia FIFA akan dibatalkan sebagai menghormati mangsa yang terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Seoul baru-baru ini, lapor Yonhap.

    Menurut Persatuan Bolasepak Korea (KFA) pihaknya akan menarik balik permohonan untuk menggunakan Dataran Gwanghwamun di Seoul bagi mengadakan acara itu. Piala Dunia bakal berlangsung pada 20 November hingga 18 Disember. Keputusan itu dibuat berikutan insiden rempuhan pengunjung sempena sambutan Halloween di daerah Itaewon yang meragut 156 nyawa, menurut KFA.

    “Kami telah bekerjasama dengan majlis perbandaran Seoul untuk menganjurkan acara sorakan itu tetapi selepas mengadakan perbincangan panjang lebar kami memutuskan tidak wajar untuk dilakukan dalam tempoh kurang sebulan selepas tragedi Itaewon dan kami ingin memberi penghormatan kepada mangsa dan keluarga mereka,” menurut KFA. – Bernama

    KFA mengambil keputusan untuk membatalkan acara sorakan berikutan insiden rempuhan yang meragut 156 nyawa. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...