Thursday, February 27, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Struktur jejantas membahayakan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Seorang pengguna jejantas di kawasan Batu Satu terkejut dengan keadaan struktur jejantas berkenaan yang sudah kelihatan uzur dan tanpa pemuliharaan yang wajar.

    Ketika menghubungi wartawan Media Permata, Awang Zaini bin Haji Metusin menyatakan harapan agar permasalahan tersebut dapat diambil tindakan dan dibaik pulih oleh pihak berkenaan walaupun pada akhir-akhir ini jejantas tersebut kurang diguna pakai oleh orang awam terutamanya ketika waktu malam.

    Menurut beliau lagi, segelintir orang awam yang merupakan pengguna tegar jejantas tersebut terpaksa menyeberangi jalan tanpa menggunakan jejantas semasa waktu hujan kerana keadaan atap yang sudah rosak dan berlubang.

    Bagaimanapun, pengguna yang terpaksa melintas menggunakan jalan raya yang sesak dengan kenderaan yang bergerak agak laju itu juga boleh membahayakan nyawa mereka.

    Kelihatan bumbung jejantas yang rosak. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda