Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stuart young angkat sumpah sebagai PM Trinidad dan Tobago

    PORT OF SPAIN, 18 MAC – Stuart Young mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Trinidad dan Tobago kelmarin, menggantikan Keith Rowley yang meletak jawatan, lapor Xinhua.

    Young mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Christine Kangaloo dan berikrar untuk berusaha membina negara yang lebih selamat.

    Beliau turut menyeru semua rakyat agar bersatu dalam menghadapi cabaran.
    Inisiatif pertamanya selepas memegang jawatan adalah melakukan rombakan Kabinet.

    Young, 50, sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Tenaga dan Industri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda