KAHERAH, 17 MAC – Kebakaran besar di Kaherah telah memusnahkan salah sebuah rumah penerbitan filem paling berprestij dan tertua di dunia Arab, yang diasaskan 80 tahun lalu, kata seorang wartawan AFP.
Kebakaran meletus di Studio Al-Ahram di daerah Giza di Kaherah, membakar segala-galanya di dalam dan merebak ke tiga bangunan di sekitarnya yang telah dikosongkan sebelum api sampai ke sana.
Penghuni bangunan berdekatan masih tidur di atas tanah di jalan-jalan berhampiran pada waktu subuh kelmarin, lapor wartawan AFP. Terbunuh akibat kebakaran adalah perkara biasa di Mesir, di mana kod kebakaran jarang dikuatkuasakan dan perkhidmatan kecemasan selalunya lambat tiba.
Dalam kes ini, sumber keselamatan berkata tiada kematian dilaporkan, walaupun beberapa orang yang mengalami masalah pernafasan akibat terhidu asap telah dirawat di tempat kejadian. Media tempatan melaporkan kebakaran berlaku 24 jam selepas penggambaran selesai untuk siri televisyen Ramadan. Bulan Ramadan yang suci bagi umat Islam, yang bermula Isnin lalu, menyumbang kepada peningkatan jumlah penonton di Mesir dan seluruh dunia Arab. – AFP


