Studio Kristal FM terima kunjungan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Seramai 10 orang penuntut dari Takahama Junior High School, Jepun yang mengikuti Program Keluarga Angkat anjuran Hashimoto Cooperation Japan kini berada di Negara Brunei Darussalam bagi program selama enam hari bermula 19 hingga 24 Ogos.

Sebagai sebahagian daripada acara lawatan dalam program berkenaan, para peserta telah mengadakan lawatan ke Studio Kristal FM, Bangunan Ibu Pejabat DST; Tungku Link pada 20 Ogos lalu. Lawatan itu bertujuan untuk memberikan penerangan kepada peserta program dan keluarga angkat berkenaan studio radio komersial Brunei serta memberi peluang untuk mereka ke udara.

Para pelajar Jepun ketika mengadakan lawatan ke Studio Kristal FM.