Studio swafoto tawar latar belakang menarik

LONDON – Remaja dan pengunjung yang bergaya di dalam ribuan himpunan bola merah jambu atau membaling kertas kecil berwarna-warni,bergambar sepuas-puasnya di sebuah studio mini yang dibina khas untuk swafoto media sosial yang terletak di London.

Studio swafoto yang terletak di Westfield itu merupakan salah satu pusat membeli-belah terbesar di Eropah dan sering kali dilihat beribu-ribu orang melalui kawasan perhiasan berwarna-warni dengan latar belakang yang aneh dan menarik kemudian dimuat naik di media sosial.

Studio tersebut turut menyediakan dinding donat, patung beruang besar, lubang gergasi, restoran 1950an dan banyak lagi untuk kunjungan orang ramai.

Ibu-ibu akan mengambil anak damit mereka yang sedang duduk dengan telefon lama nostalgik, sementara remaja pula bergaya dalam tub mandi atau pada dinding donat.

Studio tersebut menawarkan pelbagai ruang bilik dengan latar belakang kreatif dan tiket masuk dianggarkan berharga sekitar 12.30 euro. Inisiatif ini sangat terkenal di benua Asia dan juga Amerika Utara. Ruang ‘pop-up space’ merupakan gagasan pemilik Will Bower.

Studio tersebut menawarkan pelbagai ruang bilik dengan latar belakang kreatif dan tiket masuk dianggarkan berharga sekitar $12.30 euro. – AFP
Salah satu ruang yang memaparkan anak-anak damit bersama dengan patung beruang besar. – AFP

“Orang ramai akan datang dan menghabiskan masa selama satu jam berehat dan berhibur serta mengambil seberapa banyak gambar yang mereka inginkan,” katanya kepada media.

Pemilik berusia 26 tahun itu berkata bahawa dia dan tunangnya sentiasa mencari lokasi yang menarik untuk dimuat naik dalam Instagram di sepanjang pengembaraan mereka – sangat padat dengan orang ramai di setiap lokasi.

Idea ini cuba membawa lebih banyak tema dan sesuai untuk dimuat naik ke dalam media sosial apatah lagi latar belakang yang banyak di bawah satu bumbung.

“Sekarang, generasi suka memuat naik sesuatu yang menarik namun terkandas untuk mendapatkan isi kandungannya,” kata Bower.

“Dia menambah bahawa orang ramai menjalani kehidupannya bersama Instagram. Saya yakin tempat-tempat seperti ini akan berkembang di masa yang akan datang,” tambahnya.

Mengeratkan hubungan keluarga

Jane Juby berusia 41 tahun merakamkan memori indah bersama anak perempuannya Nancy, 18 dan Amber berusia 15 tahun.

“Nancy akan pergi ke universiti tidak lama lagi, oleh itu kami ingin bersuka ria bersama sebelum dia pergi,” kata Jane. “Ini bukanlah sesuatu yang saya suka namun disebabkan oleh pengikut, saya harus bergaya,” tambahnya.

Bilangan anak-anak muda adalah lebih ramai berbanding mereka yang dewasa dan bermain di ruang yang mempunyai banyak bola kecil, duduk di atas katil atau menarik wajah bersama dengan gajah berwarna pink.

Profesional media sosial yang berpengaruh sudah bergambar termasuk beberapa individu baharu, kata Bower. Eliza Bendall berusia 19 tahun telah merakamkan gambar bersama dengan beg pakaian yang dipenuhi dengan kosmetik, sebagai persediaan bagi pelancaran produknya.

“Kami berharap untuk dapat merakamkan gambar yang menarik dan bagus,” jelasnya. “Setakat ini, ruang kegemaran kami adalah ‘50s diner’, ia membangkitkan rasa ‘grease vibes’, saya obses dengannya,” tambah Eliza. – AFP