Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Stutzman berazam bangkit di Paris 2024

    TOKYO, 31 OGOS – ‘Pemanah tanpa tangan’ Matt Stutzman berkata dia tidak akan berputus asa dengan perjalanan untuk merebut pingat emas di Paralimpik selepas disingkirkan dalam pusingan 16 terakhir di perlawanan kedua berturut-turut, hari ini.

    “Saya tidak akan mengalah,” kata pemenang pingat perak di London 2012 selepas tewas 143-137 kepada atlet Slovakia, Marcel Pavlik dalam kategori lelaki perseorangan.

    “Saya akan kembali di Paris (2024) dan matlamat utama saya ialah mewakili Amerika Syarikat di LA (2028), itu akan menjadi penyertaan terakhir saya,” tambah Stutzman, yang turut tersingkir di peringkat yang sama lima tahun lalu di Rio. Juara dunia 2015, yang dilahirkan tanpa tangan dan memegang busur panah menggunakan kakinya, berkata bahawa dia berbangga dengan ‘apa yang dilakukan menggunakan kakinya.”

    Tetapi Stutzmann nyata kecewa selepas tersingkir buat kali kedua berturut-turut di Sukan Paralimpik dan menyifatkannya ‘mata terburuk dalam masa lima tahun’.

    Atlet Amerika Syarikat itu merupakan salah seorang atlet paralimpik yang paling dikenali selepas dimuatkan dalam dokumentari ‘Rising Phoenix’ 2020 bersama-sama lapan atlet lain.

    Dia turut mendedahkan bahawa dia gementar semasa beraksi di Taman Memanah Yumenoshima.

    “Segalanya terasa sangat bagus semasa latihan tetapi saya merasa gementar,” kata atlet berusia 38 tahun itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda